PROJEK AUSTRONESIA - BETAPA BESARNYA ALAM MELAYU? BAB 1

**Artikel, seperti yang telah disiarkan oleh Page The Patriots pada Ogos 2014.


Austronesia bukanlah suatu perkataan yang wujud beribu-ribu tahun dahulu, bahkan langsung tidak pernah kedengaran dalam rekod Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Austronesian merupakan suatu kawasan geografi berkaitan dengan orang-orang yang bertutur dalam kelas bahasa (linguistik) yang sama iaitu Bahasa Austronesia. Istilah Bahasa Austronesia baru sahaja dicipta oleh pengkaji Barat. Ya Pengkaji Barat! Yang sesuka hati menggelarkan kita dengan pelbagai gelaran. Istilah ini digunapakai sejak tahun 1920-an untuk menggantikan istilah Malayo-Polynesian (Melayu-Polinesia) yang telah digunapakai oleh pengkaji-pengkaji Barat pada tahun 1750-1900++.

Peta Taburan Penutur Bahasa-bahasa Austronesia
Meminjam daripada perkataan Latin, iaitu ‘Austral’ yang bermaksud Selatan dan Perkataan Greek ‘Nesos’ yang bermaksud Pulau, ahli-ahli lingustik dan antropologi memilih untuk menggunakan istilah Austronesia untuk merujuk kepada kawasan geografi kepulauan-Kepulauan Selatan yang merentangi Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Untuk pengetahuan semua, istilah Austronesian ini baru sahaja diterbitkan pada kurun ke-20 selepas keluarga Formosan (Taiwan) dijumpai berasal daripada kelompok keluarga besar kita, serta untuk mengatasi had dan batasan politik dalam istilah geografi tersebut. Walaupun begitu, admin percaya pihak pengkaji Barat bertindak menukar nama Kepulauan Selatan itu ke dalam Bahasa Latin dan Greek (Austronesian) bertujuan untuk melenyapkan pengaruh-pengaruh yang merancang untuk menyatukan kesemua saudara jauh ini di bawah suatu pertubuhan bangsa-bangsa bersatu. Yang mana, jika direalisasikan,kita akan menjadi sebuah negara besar yang menjadi penguasa Lautan Selatan Bumi ini, seterusnya mampu menjadi salah satu kuasa veto di dunia ini.

 

POLINESIA, OCEANIA DAN ORANG KEPULAUAN PASIFIK SERTA KEBANGKITAN MELAYU

 

Istilah Polinesia ini pertama sekali diperkenalkan oleh Charles de Brosses pada tahun 1756, yang mana istilah ini merangkumi kesemua kepulauan Pasifik Selatan, termasuklah kepulauan melayu. Istilah ini digunakan sewenang-wenangnya untuk mengelaskan kumpulan manusia berkulit ‘perang’ yang tinggal di kepulauan-kepulauan yang merentasi lautan pasifik dan kepulauan melayu. Namun, sarjana-sarjana Perancis pasca Napoleon Benoparte I, iaitu secara tepatnya pada Tahun 1831 telah berusaha memisahkan antara kesemua kepulauan-kepulauan melayu dan pasifik selatan dengan pemisahan blok-blok dialek bahasa yang dipertuturkan serta keadaan geografi kepulauan tersebut. Pemetaan Polinesia ini diagihkan kepada empat kepulauan utama iaitu Polinesia (Poli bermaksud banyak), Melanesia (Melas bermaksud hitam), Micronesia (micros bermaksud kecil), dan Hesperonesia (Hesperus bermaksud Barat), supaya pihak penjajah-penjajah mudah untuk mengagihkan sempadan kawasan jajahan mereka, seterusnya melenyapkan cubaan demi cubaan untuk mewujudkan semangat penyatuan di semua kawasan kepulauan tersebut. Penjajah Perancis berusaha untuk menakluk banyak kepulauan Selatan apabila mereka berjaya mengisytiharkan kejayaan menakluk Vietnam dan Tahiti, seterusnya berhasrat mahu menakluk Aotearoa (New Zealand) dan Hawaii. Pemetaan semula oleh pihak Perancis ini dicadangkan oleh Dumont d'Urville semasa syarahan agung beliau pada acara ‘Geographical Society’ di Paris  pada tahun yang sama iaitu tahun 1831, yang mana idea beliau ini digunapakai sehinggalah ke hari ini.

 

Pemetaan semula Kepulauan Pasifik kepada Polinesia, Melanesia dan Micronesia ini membolehkan Perancis dengan sewenang-wenangnya mahu mengisytiharkan kawasan-kawasan Timur Pasifik termasuklah Kepulauan Hawaii dan Rapa Nui (Easter Island) sebagai kawasan jajahan mereka. Perancis berjaya menjajah New Caledonia dan Tahiti, termasuklah kawasan sekitar Tahiti. Namun, kejayaan Perancis ini tidak disenangi oleh Empayar British, yang mana British merupakan kuasa dunia ketika itu. British mula menanda kawasan jajahan mereka bermula pada tahun 1874 (Kepulauan Fiji). Pada tahun 1877,  ‘Western Pacific High Commission’ ditubuhkan bagi melindungi kepentingan British di Lautan Pasifik, termasuklah pulau-pulau yang belum dijajah lagi. Kisah penjajahan Kepulauan Pasifik ini akan diceritakan dalam bab lain. Insya Allah.

 

Apa yang menarik, pertikaian pihak British ke atas pemetaan semula Perancis ini mewujudkan suatu komuniti yang melahirkan semangat kebangsaan Kepulauan Pasifik yang disebut ‘Oceania.’ Istilah Oceania mula digunakan oleh negara-negara Inggeris termasuklah Britain dan Amerika Syarikat pada tahun 1870-an, yang mana Oceania ini merangkumi kawasan Kepulauan Polinesia, Kepulauan Melayu dan Sunda tetapi tidak dimasukkan Melanesia. Mungkin kerana perbezaan dialek yang agak ketara di antara Melanesia dan Polinesia. Ini dijelaskan lagi dengan penulisan daripada Pejabat Hubungan Luar British (British Foreign Office) yang pada masa itu yang terletak di Hawaii, Malaysia dan Filipina, yang menyatakan istilah Oceania bermaksud “Populasi Berkulit Perang yang tinggal di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi”, serta pengisytiharan sendiri oleh Raja Kalakaua, Raja Hawaii ketika itu pada Tahun 1887 terhadap istilah Oceania. Oceania inilah yang digunakan oleh Raja Hawaii itu semasa berhubungan dengan Empayar Johor-Riau-Lingga pada zaman tersebut.

 

Apa pula kaitan dengan melayu? Pada ketika itulah juga, istilah Bangsa Melayu atau The Malay Race mula digunapakai oleh orang-orang Pasifik yang anti kolonialisasi untuk menggantikan istilah Polinesia yang dikurniakan oleh penjajah. Namun, istilah-istilah yang membahagikan Polinesia kepada Micronesia dan Melanesia kekal digunakan sejak daripada Tahun 1900 lagi sehinggalah sekarang. Perkara ini sangatlah ditentang oleh orang-orang Kepuluan Pasifik yang ada semangat Menentang Penjajah ini. Istilah Lingustik pada Tahun 1920-an mula menggunakan istilah Malayo-Polynesian untuk merujuk kepada bangsa yang bertutur dalam bahasa melayu atau yang setara dengan bahasa melayu dan tinggal di sekitar Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

 

Walaupun penjajah berjaya menjajah keseluruhan kawasan kepulauan Pasifik Selatan, namun semangat kebangsaan dan Pan-Malaya meluap-luap kepada masyarakat di Seluruh Oceania. Untuk menyekat kebangkitan semangat Pan-Malaya ini, penjajah sentiasa mengajarkan perpecahan dalam kalangan masyarakat Oceania dan mengasingkan negara masing-masing daripada negara lain bagi mewujudkan kebencian kepada penduduk Kepulauan lainnya. Namun, semangat kebangsaan dan Pan-Malaya ini tidak pernah surut malahan berpanjangan sehinggalah penjajah memutuskan untuk mengurangkan penggunaan istilah ‘Malayo-Polynesian’, yang mana istilah ‘Austronesia’ diciptakan, seterusnya mengurangkan kesan kebangkitan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Oceania. Istilah ini juga diterbitkan kerana terdapat beberapa kelompok yang tidak bersetuju dengan politik Negara Kita Malaysia yang mengatakan melayu mestilah islam, kerana penduduk Kepulauan Pasifik Selatan bukanlah majoriti islam dan boleh menimbulkan salah faham bangsa melayu kepada mereka. Oleh yang demikian, istilah Austronesia dijadikan pengganti kepada Istilah Malayo-Polynesia bagi memenuhi kehendak ‘divide and rule’ penjajah serta melenyapkan kebangkitan pan-malaya dalam kalangan rakyat Oceania. Istilah ini diterima oleh ahli linguistik Pada tahun 1960-an dan istilah ini juga baru sahaja digunakan oleh ahli sejarah pada tahun 1990-an bagi merujuk bangsa yang terdapat di kawasan tersebut, termasuklah kepulauan melayu dan Madagaskar.

 

Jadi, sebenarnya semua kawasan Oceania sehinggalah ke Madagaskar di Afrika merupakan alam melayu yang sebenar, yang dimanipulasikan fakta sejarahnya oleh penjajah yang takut dengan kebangkitan penentang-penentang penjajah dengan membawa idea Oceania sebagai suatu negara. Jika Oceania berjaya ditubuhkan dengan Pusat Pemerintahannya terletak di Kuala Lumpur atau Jakarta, sememangnya kita adalah antara negara terbesar kawasan geografinya, yang merangkumi 60% daripada ukur lilit bumi di kawasan Khatulistiwa, merentasi daripada Kepulauan Formosa di Utara, membawa sehingga ke Aotearoa (New Zealand), dari Rapa Nui (Kepulauan Timur) di Timur sehingalah ke Madagaskar di Afrika.  Perkara ini tidak akan dapat dijumpai dalam mana-mana buku teks Sejarah di semua negara tersebut. Jadi, adakah perlu kita berbangga dengan tertebarnya kaum melayu (islam mahupun bukan islam) di seluruh kawasan Austronesia selepas mengetahui rahsia ini?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Funan - Empayar Melayu Yang Gemilang

Istana Kesultanan Melayu Melaka Yang Asal, Tidak Logik di Bukit Melaka?

Strategi Portugis Menawan Melaka