Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Politi Kerajaan-Kerajaan Melayu dari Pertengahan Abad ke-6 hingga Abad ke-7M

Imej
Selepas kejatuhan Kerajaan Funan dikeronyok oleh gabungan tentera Bhavavarman dari wangsa Funan (campuran dengan Chen-la) sendiri dan Citrasena yang merupakan sepupu baginda Bhavavarman, Rudravarman yang juga datuk kepada Bhavavarman terpaksa akur dengan kejatuhan Kota Vyadhapura dan penaklukan Tentera Chen-la ke atas Bandar Pelabuhan Oc-eo. Rudravarman yang di dalam kempen penaklukan ke atas kerajaan-kerajaan melayu di pesisir-pesisir pantai atau Kota Maritim yang telah menjejaskan hegemoni perdagangan Funan yang menjadi pusat pengumpulan barangan-barangan seantero kepulauan melayu. Setelah Negara Takuapa, Tanah Merah, Langkasuka dan Kedah melepaskan diri dari menjadi negara bawahan (vassal) Funan, Rudravarman mengalami kemerosotan kerana laluan perdagangan yang strategik ini (menyeberangi Segenting   Kra) tidak lagi singgah di Oc-eo kerana teknologi pelayaran di masa itu telah berubah kepada terus ke Panduranga, iaitu pelabuhan Kerajaan Champa. Keadaan ini menyebabkan Maharaja R