Istana Kesultanan Melayu Melaka Yang Asal, Tidak Logik di Bukit Melaka?

Saya ditag di dalam status muka buku (facebook) seorang figura yang menayangkan grafik atau ilustrasi Istana Melaka di era Sultan Mahmud yang tersergam indah di puncak bukit Melaka.

kemudian, ada individu yang komen menafikan kelogikan ilustrasi tersebut.

berikut adalah sedutan pernyataan beliau di sana,

" Mintak maaf sy mencelah..ini adalah foto gereja st paul yg dibina pada 1512 oleh portugis..gereja ni terletak betul2 dipuncak bukit st paul..dan gereja ni tak lah besar manapun..apa yg saya nak tekankan disini ialah puncak bukit st paul tak besar..muat2 untuk sebuah gereja kecil..jadi mcmana kita boleh kata istana sultan yg begitu gah boleh dibina diatas puncak bukit st paul yg kecik ni?..kita tak... boleh merujuk kepada lukisan semata mata..kita kena pergi ketempat itu untuk memahami realiti sebenarnya..a famosa pulak merujuk kepada satu satunya pintu gerbang tembok kota yg mengelilingi bukit st paul..tembok dah jahanam di runtuhkan oleh inggeris yg tak mau ada kaitan dengan binaan portugal dan belanda..tinggal pintu gerbang tu jer tak sempat diorang runtuhkan..tak timbul soal kerajaan nak agungkan a famosa ke apa tapi dah tu jer yang tinggal nak buat mcmana..kerajaan tak boleh promosikan benda benda yg hanya wujud dlm lukisan..pelancong dan pengkaji nak tengok benda yg realiti bukan lukisan..cubalah pergi bkt st paul tu dan carilah bekas bekaa istana melaka haram tak jumpa sebab semua dah dilupuskan oleh portugis..harap maaf jika ada yg tak setuju dgntulisan saya ni"

Gambar gereja yang diberikan oleh individu tersebut.
Memang betul jika kita merujuk kepada puncak bukit St. Paul iaitu hanya menempatkan sebuah gereja semata-mata.

tapi, cuba rujuk kepada gambaran peta yang saya sertakan di bawah ini.

 
Di sini, hanya dalam 30-50m rendah daripada puncak Bukit yang menempatkan gereja St. Paul itu, ada suatu dataran luas yang dibina bangunan-bangunan di zaman colonial iaitu rumah gabenor dan Bangunan Merah (Stadhyus). Keluasannya sehingga boleh ada padang di hadapan rumah gabenor dan parkir kereta di sebelah muzium demokrasi itu. Ya, ia memang sebuah dataran dan berkemungkinan bangunan besar pernah didirikan di sini. Puncak bukit mungkin menempatkan menara tinjau atau menara pertahanan Melaka, sedangkan di bawahnya ada tembok kota Melaka yang berbentuk empat segi, sebagai pagar kawasan istana dan juga pertahanan terakhir Kota Melaka.
 
Ini adalah keratin daripada Buku Sejarah Melayu Versi Raja Bongsu.
 
"Maka Feringgi pun diamlah di Melaka, syahadan pagar istana diperbuatnya akan kota, ada lagi datang sekarang"
 
Kota Portugis adalah asalnya pagar istana, bukan hanya pintu pagar sahaja, tetapi keseluruhan tembok kota adalah PAGAR ISTANA! Menarik bukan? Cuma, dalam beberapa bulan, Portugis bertindak meruntuhkan bangunan-bangunan istana, masjid, kuburan-kuburan untuk menebalkan lagi pagar istana sehingga menjadi Kota yang sangat kukuh.
 
Jadi, gambaran Kota Melaka di puncak bukit Melaka ada asasnya.
 

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Funan - Empayar Melayu Yang Gemilang

Strategi Portugis Menawan Melaka